saraaida's FotoPage

By: saraaida azwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 31-Dec-2007 12:59 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya kat umah Nani Dan Atok Mummy 2008

Persiapan menyambut raya
 
 
View all 13 photos...
Raya aidil fitri tahun ni tak dapat balik maklumla mummy tengah sarat mengandung adik aida.tapi atok ada hantar gambar keluarga di malaysia yang sempat diambil di hari raya tema rumah nani hijau tahun ni dan tema pakaian putih susu.hanya Mummy sefamily je yang tak de dalam gambar ni .Sementara mummy sefamily di Birmingham menyambut denga sederhana je.....


Monday, 31-Dec-2007 11:21 Email | Share | | Bookmark
Balik beraya di Malaysia

Ni gambar Family Mummy
Ni gambar adik beradik Mummy yang masih bujang
Ni gambar kami sekeluarga
View all 13 photos...
Ni gambar-gambar semasa Aida beraya di Malaysia tahun 2006 .Mummy lah orang yang paling seronok sebab dah dakat 4 tahun tak balik jumpa family mummy.Walaupun cuma 3 minggu tapi ianya penuh bermakna bagi kami.Mula-mula mummy dengan aida je yang balik ,lepas seminggu daddy buat kejutan pulak balik senyap-senyap tahu-tahu je dah ade depan pintu rumah Nani(nenek).Melompat mummy tengok daddy depan mata.tak terkata bertapa gembiranya hati mummy.


Saturday, 13-Jan-2007 07:03 Email | Share | | Bookmark
Sarah Aida Azwan

Kelahiran puteriku.....Aida
Sehari selepas kelahiran Puteriku
 
View all 8 photos...
Birmingham 10/8/2004
Hari kelahiran puteri sulung ku, semoga menjadi anak yang solehah.Lahir pada 10.45 malam disisi nenek and Daddy....

Cerita kelahiran Aida
Sehari sebelum Aida lahir Nani and Atok Mummy tiba kat aiport Manchester .Daddy and Atok Daddy pergi jemput.sementara mummy dengan Nenek daddy masak nasi impit kuah kacang ayam kicap dan kuih seri muka untuk hidangan tengahari.Sampai je mereka kat umah apa lagi menjamu seleralah.

Keesokkan harinya pukul 2.00 petang mummy pergi tandas ade darah keluar ,terus tanya pada mama ni dah nak bersalin ke? mama cakap mungkin tanda2 awal nak bersalin .Selepas tu terasa sakit perut yang teramat sangat tapi mummy buat jalan kehulu kehilir kat dalam rumah tunggu betul-betul dah tiba masanya baru nak gi sepital kalau tak diorang suruh balik lagi.lepas dua jam menahan sakit kat umah daddy terus call hospital, dan diorang suruh datang terus.sampai kat hospital diaorang terus chek baru bukak 4 cm,so mummy terus masuk dalam bilik bersalin dengan mama dan daddy.Nurse terangkan kalau sakit sanggat ambil oksigen penahan sakit,jadi mummy ni pengalaman pertama apa lagi bantaila menghirup oksigen sampai baby kat dalam tidur mummy pun tidur.Sampai mama ambil air tolong basahkan muka mummy baru sedar dan try push lagi .oleh kerana tak tahu bila nak push mummy asal rasa sakit je mummy meneran sebab tulah terlampau penat dan selepas 6 jam bertarung lahirla Sarah Aida Azwan kedunia.Tapi yang paling kelakarnya rambut aida dah nampak dari luar tapi mummy boleh tidur lagi ni gara-gara terober ambil gas penahan sakit.Oh ya bila pecah air ketuban mummy rasa macam ada benda nak keluar mummy pun kumpulkan saki baki tenaga yang ada untuk mengepush, Alhamdulillah semuanya selamat.Moralnya kepada bakal -bakal mummy jangan ambil banyak sanggat gas penahan sakit akibatnya terover dos dan akan tertidur.Nak push bukan main push aje nanti penat bila dah betul-betul baby nak keluar baru push.tu jela serba sedikit pengalaman melahirkan Aida.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net